fbpx

SELAMAT DATANG KE PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR

 

“Penghuni di sini pernah makan nasi hanya berlaukkan telur goreng dan sayur rebus. Apa nak buat, itu sahaja kemampuan kami dan rezeki mereka. Namun mereka tidak pernah merungut sebaliknya tetap bersyukur.”

Demikian luah pengasas dan penyelia Pusat Jagaan Titian OKU Nur Normah Adlan. Ia antara pengalaman menyedihkan pernah dilaluinya sepanjang mengendalikan pusat jagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Namun, dalam serba kepayahan itu, Normah, 45, tetap terus beristiqamah dengan niatnya membela golongan terpinggir yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) fizikal dan mental serta warga emas.

LATAR BELAKANG PUSAT OKU

Pusat Jagaan Titian OKU Nur (Oku Nur) ini beralamat di No. 78, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang Selangor. Oku Nur diasaskan sejak lebih 10 tahun lalu dan tujuan utama adalah untuk menjaga warga tua dan orang OKU.

Oku Nur menempatkan lebih 90 penghuni terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak berumur antara lapan bulan hingga 97 tahun. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai masalah tersendiri. Ada yang mengalami kecacatan seperti lumpuh, sindrom Down dan terencat akal. Ada juga mereka yang dari kalangan warga emas uzur yang menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi

Selain dari kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka yang pelbagai karenah, dana kewangan juga adalah salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi pihak Oku Nur. Kos sewa premis, rawatan, lampin pakai buang dan banyak lagi keperluan lain terpaksa ditanggung. Buat masa ini pihak Oku Nur hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin dengan nasib penghuni di sini.

Gambar pembinaan asrama baru